August & borang nikah Perak & Selangor 2016 :P

00:59

August 2016.
Funny. I don't have to tell you that.

Tahu tak? Ok, tak.
Selepas beberapa tahun aku tinggalkan donia Blog ni. Hari ini. Hari ini. Aku berjaya buka lappy, and search blog sendiri. Tak ada kerja sangat Google blog sendiri, ok. Aku tak tahu apa aku buat. Aku buang masa agak agak satu jam begitu hanya mencari cara untuk hide semua posts aku yang sebelum ni. Semua. Kecuali tahun 2012. Sebab aku rasa post aku masa tu macam okay sikit. Tak ada drama sangat

Now I'm 23. Cukup. Aku rasa macam mimpi. Aku rasa macam baru semalam aku kena marah dengan mak abah aku sebab ponteng sekolah. K, tipu. Hahahahaha! To be exact, aku rasa macam baru semalam aku duduk atas pelamin. K, ni betul lol. Dah 5 bulan dah aku dapat title isteri orang. Percaya tak? Percaya tak? Aku yang perangai macam budak-budak ni, dah jadi bini orang kah kah kah. Kejap, Aku macam still was was nak post ke tak gambar aku bajet ayu dekat pelamin. Hmmm.

.........................................................................Ok lah............................................................................



Serious macam mimpi. Lepas 5 tahun, Alhamdulillah. Proses-proses nak settle kan urusan nikah, memang ter sangatlah menguji kesabaran. Aku selitkan sekali lah ye proses nye haha. Especially dekat side perempuan. Since husband aku bukan orang yang sama negeri dengan aku and dia chinese.. So, proses ni buat kami lagi sama pening. Lelaki punya side tak banyak benda pun nak buat. Dia Selangor, aku Perak. Haaa. Sebelum korang nak settle kan borang nikah ni, pergi dulu kursus kahwin ye. Dah dapat kursus kahwin, boleh la isi borang nikah online. Selangor & Perak boleh isi online. Negeri lain akak tak tahu. Akak tak try lagi hehehe  Kalau nak ambil test HIV, boleh je pergi sekali dengan pasangan masing-masing tau. Tak ada masalah. Contoh, bakal suami/isteri tu orang Perak/Selangor (akak bagi contoh ni je sebab ni je yang akak tahu) then, berhijrah dekat Kl untuk bekerja, boleh sama sama ambil hiv test. Cuma untuk side Perak, korang kena print out borang HIV and bawa sekali masa nak test. Mana-mana negeri jelah kan, kalau masa isi borang nikah tu, ada include borang HIV sekali, korang print je siap siap, bawak dekat Klinik Kerajaan. OK, SETTLE bab borang HIV. Yang lain, cop ke apa ke, boleh  tanya dekat bawah ye. Laki akak dah panggil ni hehe

Sini akak letak link sekali senang nak isi terus ;

SELANGOR

http://ncr.jais.gov.my/

PERAK

http://www.sppim.gov.my/sppim/home




You Might Also Like

0 Orang hero selamatkan puteri katak.

komentar

Popular Posts

Subscribe